Borang Akaun

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
   
   
 
   
 
   


 

Adalah menjadi tanggungjawab Ketua Jabatan untuk memastikan :-

a.
Satu Buku Daftar menyenaraikan kakitangan-kakitangan yang telah mengambil Pinjaman Perumahan Perbendaharaan hendaklah disimpan. Daftar itu hendaklah mengandungi juga maklumat-maklumat yang berikut:-

i.
Amaun pinjaman.
 
ii.
Rujukan Dan Tarikh Kelulusan Pinjaman.
 
iii.
Nombor Rujukan APG.
 
iv.
Tarikh Mula Kuatkuasa APG.
 
v.
Tarikh Tamat APG.
 
vi.
Amaun Ansuran Bulanan.
 
vii.
Tarikh Pinjaman Diselesaikan.
 

Maklumat diatas hendaklah direkodkan juga di dalam Buku Rekod Perkhidmatan Peminjam.

 

b.

Melaksanakan sepenuhnya Arahan Potongan Gaji (APG) yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Memberi Pinjaman. Potongan atas bayaran balik pinjaman perumahan hendaklah dibuat selepas potongan-potongan KWSP dan Cukai Pendapatan. Jika pelaksanaan APG ini tidak dapat dilakukan mengikut jadual yang ditetapkan, Ketua Jabatan hendaklah menyelesaikan tunggakan itu melalui potongan daripada gaji Peminjam secara berganda. Contoh jika APG berkuatkuasa mulai Januari tetapi potongan APG hanya dibuat mulai March maka tunggakan bulan-bulan Januari dan Februari itu hendaklah diselesaikan melalui potongan gaji bulan April dan Mei berturut-turut, disamping potongan atas ansuran bulan-bulan April dan Mei juga.

c.
Jika baki gaji termasuk elaun Peminjam tidak mencukupi selepas potongan-potongan atas KWSP dan Cukai Pendapatan maka Ketua Jabatan hendaklah dengan serta merta melaporkan kedudukan ini kepada Pihak Berkuasa Memberi Pinjaman.

d.
APG hendaklah dicatitkan di dalam Sijil Gaji Akhir untuk membolehkan Ketua Jabatan ditempat bertugas yang baru terus melaksanakan APG mengikut jadual.

e.
Memberitahu kepada Pihak Berkuasa Memberi Pinjaman dengan serta merta jika APG atas tidak dapat dilaksanakan.

f.
Memberitahu dengan serta merta ke Pihak Berkuasa Memberi Pinjaman, jika Peminjam:-

 
i.
Bertukar alamat pejabat.

 
ii.
Bersara atau meninggal dunia melalui Borang seperti di Lampiran 'C' Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5/1978. Jika Ketua Jabatan gagal memaklumkan kepada Pihak Berkuasa Memberi Pinjaman 6 bulan sebelum Peminjam bersara atau tidak langsung melaksanakan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5/1978 itu, tindakan surcaj mengikut Akta Aturcara Kewangan 1957 (Pindaan 1972) boleh diambil ke atas Ketua Jabatan yang cuai itu.

 
iii.
Meninggalkan perkhidmatan supaya Pihak Berkuasa Memberi Pinjaman boleh membatalkan pinjaman atau menahan pengeluaran baki pinjaman selanjutnya. Jika Ketua Jabatan gagal memaklumkan kepada Pihak Berkuasa Memberi Pinjaman bahawa Peminjam telah meninggalkan perkhidmatan dalam tempoh masa 3 bulan daripada tarikh Peminjam meninggalkan perkhidmatan, tindakan surcaj di bawah Akta Aturcara Kewangan 1957 (Pindaan 1972) boleh diambil ke atas Ketua Jabatan yang berkenaan itu.

 
iv.
Diluluskan Cuti Separuh Gaji/Tanpa Gaji.

 
v.
Digantung kerja atau bankrap atau ditahan gaji kerana tindakan tatatertib.

g.
Nombor Akaun Peminjam yang betul dicatitkan disetiap penyata bayaran balik pinjaman Peminjam untuk mengelakkan bayaran itu dikreditkan ke akaun Peminjam yang lain.

Tindakan surcaj mengikut Akta Acara Kewangan 1957 (Pindaan 1972) boleh diperakukan ke atas mana-mana Ketua Jabatan yang gagal melaksanakan APG.

Ketua Jabatan tidak dibenarkan memberhentikan atau menangguhkan pelaksanaan APG atau mengurangkan amaun potongan seperti yang ditetapkan dalam APG. Tindakan seperti ini adalah dianggap serius yang mana Ketua Jabatan yang berbuat demikian boleh dikenakan surcaj mengikut Akta Acara Kewangan 1957 (Pindaan 1972).

Ketua Jabatan hendaklah menasihatkan Peminjam supaya membuat bayaran-bayaran :-

 
i.
Cukai Tanah.
 
ii.
Cukai Pintu.
 
iii.
Urusan pindahmilik harta di atas nama Peminjam dan seterusnya gadaian kepada Kerajaan.

 
Ketua Jabatan hendaklah menasihatkan Peminjam supaya tidak membuat apa-apa komitmen kewangan yang lain sehingga mengakibatkan diri mereka menanggung kesusahan berat kerana berhutang.
  

PENAFIAN :
Kerajaan Malaysia dan Kementerian Kewangan adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada ataupun syarikat yang disyorkan oleh Kementerian Kewangan
 

Hakcipta © 2007 Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia

Dibangun & diselenggara oleh :