Borang Akaun

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
   
   
 
   
 
   


 

Peminjam hendaklah :-

 
Menyempurnakan Borang Setuju Terima Amaun dan Syarat-syarat pinjaman serta mempastikan Borang yang telah disempurnakan itu diserahkan kepada Pihak Berkuasa Memberi Pinjaman di dalam tempoh yang ditetapkan. Kegagalan Peminjam menyerahkan Borang tersebut yang lengkap kepada Pihak Berkuasa Memberi Pinjaman mengikut tempoh yang ditetapkan akan mengakibatkan surat kelulusan pinjaman yang dikeluarkan itu, luput dengan sendirinya. Jika ini terjadi Pemohon hendaklah mengemukakan semula Borang Permohonan Pinjaman yang baru.

Menghadirkan diri di pejabat Pemegang Pertaruhannya untuk menyempurnakan urusan pindahmilik harta kepada Peminjam dan urusan gadai harta kepada Kerajaan. Segala bayaran yang terlibat dengan urusan tersebut termasuk kos guaman hendaklah ditanggung oleh Peminjam sendiri. Ini termasuk juga harta yang dijamin melalui Surat Ikatan Penyerahanhak dan Perjanjian Pinjaman dimana hakmilik tanah atau hakmilik strata didaftarkan dan dikeluarkan kemudian.

Melaporkan kepada Pihak Berkuasa Memberi Pinjaman dengan serta merta atas tiap-tiap pertukaran :-

 
i.
Tempat Bertugas.
 
ii.
Pusat Pembayaran Gajinya.
 
iii.
Alamat surat menyurat, jika telah bersara/meninggalkan perkhidmatan.

 
Jika masih berkhidmat, pastikan semua surat menyurat kepada Bahagian Pinjaman Perumahan hendaklah disalinkan kepada Ketua Jabatan.

Tidak membuat apa-apa komitmen kewangan yang lain sehingga mengakibatkan menanggung kesusahan berat kerana berhutang.

Mempastikan ansuran bayaran balik pinjaman semasa Peminjam mengambil Cuti Separuh Gaji/Tanpa Gaji atau Bersara Awal atau meninggalkan perkhidmatan, dibayar terus kepada Pihak Berkuasa Memberi Pinjaman. Berkuasa Memberi Pinjaman hendaklah dimaklumkan dengan serta merta.
   
   
   
   
   
   
   
   
   
   
   
   
   
   
   
   
   
   
   
   
   
  






 

PENAFIAN :
Kerajaan Malaysia dan Kementerian Kewangan adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada ataupun syarikat yang disyorkan oleh Kementerian Kewangan
 

Hakcipta © 2007 Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia

Dibangun & diselenggara oleh :