Borang Akaun

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
   
   
 
   
 
   


 
1.
PENGELUARAN BAYARAN

  1.1
Bayaran pinjaman/pembiayaan perumahan akan dikeluarkan setelah menerima surat tuntutan bayaran yang lengkap daripada pemaju/kontraktor/peguam tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan serta mematuhi maklumat-maklumat seperti di Senarai Semak.

  1.2
Bagi rumah yang di dalam pembinaan, bayaran pinjaman/pembiayaan adalah secara berperingkat mengikut kesiapan berdasarkan kepada perkara-perkara berikut:

   1.2.1
Jadual Bayaran mengikut Akta Pemaju Perumahan 1966 (Pindaan 2002) bagi pemaju yang tertakluk kepada Lesen Pemajuan Perumahan. Bayaran adalah kepada pemaju melalui ‘Akaun Pemajuan Perumahan’;
 
   1.2.2
Jadual Bayaran mengikut Surat Perjanjian Jual beli bagi kontraktor atau pemaju yang dikecualikan daripada Lesen Pemajuan Perumahan. Bayaran adalah kepada Pemegang Pertaruhan;
 
   1.2.3
Jadual Bayaran mengikut Surat Perjanjian Jual beli bagi Negeri Sabah dan mengikut kaedah bayaran yang ditetapkan mengikut undang-undang bagi Negeri Sarawak.
 
  1.3
Bagi rumah yang telah siap/tanah, bayaran adalah secara sekali gus kepada Pemegang Pertaruhan.
 
  1.4
Jika hartanah di cagar kepada bank/institusi kewangan, bayaran tebusan adalah kepada bank/institusi kewangan dan dihantar melalui Pemegang Pertaruhan.
 
2.
SYARAT-SYARAT  BAYARAN

  2.1
HAKMILIK ADA BEBANAN/GADAIAN

   2.1.1
JENIS I
     
a.
Bagi kes Gadaian, bayaran tebusan bank/institusi kewangan secara sekali gus dikeluarkan selepas Borang Gadaian di terima dan diproses oleh BPP untuk Penerimaan Gadaian dan dikembalikan semula kepada Pemegang Pertaruhan bagi pendaftaran di Pejabat Tanah dan Daerah yang berkenaan; atau

     
b.

Bagi kes Assignment, bayaran tebusan bank/institusi kewangan  secara sekali gus dikeluarkan selepas Assignment Selesai.

 

   2.1.2
JENIS III
     
a.
Bagi kes Gadaian, bayaran tebusan bank/institusi kewangan secara berperingkat dikeluarkan selepas Borang Gadaian diterima dan diproses oleh BPP untuk Penerimaan Gadaian dan dikembalikan semula kepada Pemegang Pertaruhan bagi pendaftaran di Pejabat Tanah dan Daerah yang berkenaan; atau
     
b.

Bagi kes Assignment, bayaran tebusan bank/institusi kewangan secara berperingkat dikeluarkan selepas Assignment Selesai. Walau bagaimanapun, berdasarkan kepada nombor PA, bayaran tebusan boleh dibuat sehingga 80% (kecuali Negeri Sarawak) tertakluk kepada surat tuntutan bayaran dibuat dalam tempoh 6 bulan dari tarikh surat BPP kepada Pemegang Pertaruhan untuk pendaftaran Borang Cagaran di Mahkamah Tinggi.

 

   2.1.3
JENIS IV
     

Bayaran tebusan bank/institusi kewangan secara sekali gus dikeluarkan selepas Borang Gadaian di terima dan diproses oleh BPP untuk Penerimaan Gadaian dan dikembalikan semula kepada Pemegang Pertaruhan bagi pendaftaran di Pejabat Tanah dan Daerah yang berkenaan; atau

    2.1.4
JENIS V
   
Bagi kes Gadaian dan Assignment, bayaran tebusan bank/institusi kewangan secara sekali gus dikeluarkan selepas Borang Cagaran diterima dan diproses oleh BPP untuk Penerimaan Cagaran dan dikembalikan semula kepada Pemegang Pertaruhan bagi pendaftaran di Pejabat Tanah dan Daerah/Mahkamah Tinggi.

  2.2
HAKMILIK BEBAS GADAIAN

   2.2.1
JENIS I

    
Bayaran harta dikeluarkan secara sekali gus selepas Gadaian Sempurna/Assignment Selesai. Bagi kes Assignment (kecuali Negeri Sabah dan Sarawak), bayaran hanya 97.5% sahaja jika tiada bukti penyerahan permohonan pecah bahagi bangunan (Rumah Strata) atau tiada salinan Hak milik Individu (Rumah Bertanah).

   2.2.2
JENIS II

   
Bayaran pinjaman/pembiayaan secara berperingkat dikeluarkan selepas Gadaian Sempurna.

   2.2.3
JENIS III

    
a.
Bayaran pinjaman/pembiayaan secara berperingkat dikeluarkan setelah Gadaian Sempurna/Assignment Selesai.
    
b.
Berdasarkan kepada nombor perserahan gadaian/no. PA, bayaran boleh dibuat sehingga 80% tertakluk kepada tuntutan bayaran dibuat dalam tempoh 6 bulan dari tarikh surat BPP kepada Pemegang Pertaruhan untuk pendaftaran Borang Cagaran di Pejabat Tanah dan Daerah/Mahkamah Tinggi.
    
c.
Bagi Negeri Sarawak (kes Assignment), bayaran adalah setelah Assignment Selesai.
     
d.

Bagi kes Assignment (kecuali Negeri Sarawak dan Sabah), bayaran hanya akan dikeluarkan sehingga 97.5% sahaja jika tiada bukti penyerahan permohonan pecah bahagi bangunan (Rumah Strata)/tiada salinan Hak milik Individu (Rumah Bertanah).

 

    2.2.4
JENIS IV

     

Bayaran harta dikeluarkan secara sekali gus selepas Gadaian Sempurna.

 

    2.2.5
UBAHSUAI RUMAH

     
a.
Bayaran pinjaman/pembiayaan adalah secara berperingkat (maksimum 4 kali) menggunakan Borang 5/2000. Bayaran adalah sehingga 75%. Manakala bayaran 100% setelah menerima laporan kesiapan dari Jabatan Penilaian dan perkhidmatan Harta.
     
b.

Bagi kes Gadaian, bayaran adalah berdasarkan kepada penerimaan no. Perserahan Gadaian. Manakala kes Assignment jika SPP, setelah BPP menerima Perjanjian Tambahan yang telah disempurnakan dan jika SPPI, setelah Assignment Selesai.

 

CATATAN  :
Gadaian Sempurna/Assignment Selesai bermaksud pihak BPP telah menerima semua Dokumen-Dokumen Cagaran yang berkaitan dengan selengkapnya untuk simpanan.


3.
PUNCA-PUNCA UTAMA KELEWATAN PENGELUARAN BAYARAN

  3.1
PINJAMAN JENIS I DAN IV

   3.1.1
Gadaian belum sempurna/Assignment belum selesai;

   3.1.2
Penyata Baki hutang telah luput tarikh kerana peguam lewat mengemukakan Borang Gadaian yang telah disempurnakan.

  3.2
PINJAMAN JENIS II

   3.2.1
Gadaian belum sempurna.

   3.2.2
Peminjam tidak mengemukakan Borang 1/2005 atau tiada laporan kesiapan dari Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta.

 
3.3
PINJAMAN JENIS III

  
3.3.1
Gadaian belum sempurna/Assignment belum selesai;

  
3.3.2
Lewat mengemukakan No. Perserahan Gadaian/no. PA.

   3.3.3
Tidak mengemukakan Aku janji baru jika Pemegang Pertaruhan bertukar nama atau bertukar firma guaman.

   3.3.4
Dokumen tuntutan daripada pemaju tidak lengkap seperti berikut:

     
a.
Tidak mengemukakan Borang 1/2004 dan/atau salinan surat pengesahan bank bagi bayaran melalui ‘Akaun Pemajuan Perumahan’;
     
b.
Surat tuntutan/sijil arkitek tidak disahkan salinan sebenar jika bukan asal atau tiada no. Lot;
     
c.

Salinan CF tidak disahkan atau salah no. Lot.

     
d.

Tiada bukti penyerahan permohonan pecah bahagi bangunan atau tiada salinan Hak milik Individu mengikut mana yang berkenaan bagi bayaran 2.5% akhir.

 

4.
PENGELUARAN CEK BAYARAN PINJAMAN

  4.1
Cek bayaran hanya akan diserahkan kepada wakil peguam/pemaju yang memenuhi syarat-syarat berikut:

    4.1.1
Surat dari Firma Guaman/Pemaju yang memberi kuasa dengan menyatakan perkara-perkara berikut :

     
a.
Nama penuh Pengambil Cek ;

     
b.
Nombor Kad Pengenalan Baru  Pengambil Cek (sertakan juga sesalinan fotostat kad pengenalan tersebut);
     
c.
Rujukan Fail Firma Peguam;
     
d.
Nama dan Jawatan Penandatangan surat; dan
     
e.

Hendaklah menggunakan "Letter Head" Firma Peguam;

 

    4.1.2
Peguam/Pemaju yang akan mengarahkan wakilnya untuk mengutip cek seperti di atas, hendaklah memastikan :-

     
a.
Surat membenarkan cek dikutip dikembarkan dengan setiap tuntutan yang dikemukakan;

     
b.
Di cop "Cek dikutip oleh wakil" di setiap muka hadapan tuntutan;
     
c.
Wakil peguam/pemaju hendaklah membuat temu janji dengan Seksyen Akaun bila cek boleh dikutip; dan ;
     
d.

Sekiranya cek tidak dikutip dalam tempoh 2 hari dari tarikh temu janji diberikan, cek akan di pos.


    4.1.3
Syarat-syarat mengambil cek bagi pihak pemaju yang mempunyai “Pigeon Hole"

     
a.
Wakil pemaju hendaklah mengemukakan surat asal dari pemaju yang memberi kuasa kepada pengambilan cek tersebut;

     
b.
Wakil pemaju hendaklah mencatatkan di dalam buku rekod pigeon hole mengenai maklumat cek yang diambil iaitu nombor, tarikh dan amaun cek serta no. fail peminjam. Juga mengecap “cop syarikat pemaju”, tandatangan dan catat no. kad pengenalan (sertakan sesalinan kad pengenalan)

PENAFIAN :
Kerajaan Malaysia dan Kementerian Kewangan adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada ataupun syarikat yang disyorkan oleh Kementerian Kewangan
 

Hakcipta © 2007 Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia

Dibangun & diselenggara oleh :