Borang Akaun

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
   
   
 
   
 
   


      

     TEMPOH MASA PENGELUARAN BAYARAN

Soalan   :

Berapa lama BPP mengambil masa untuk mengeluarkan bayaran pinjaman?

 

Jawapan :

 

Sekiranya tuntutan bayaran lengkap dan teratur, baucer bayaran akan disediakan dalam masa 7 hari bekerja dari tarikh terima oleh Seksyen Bayaran. Manakala cek bayaran akan dikeluarkan dalam masa 3 hari bekerja oleh Seksyen Akaun.

 

     PROJEK TERBENGKALAI




 
Soalan   :



 



Saya telah mengambil pinjaman perumahan untuk membeli rumah pada tahun 2000 tetapi sehingga sekarang rumah tersebut masih belum disiapkan oleh pihak pemaju. Manakala pihak BPP pula, telah mengeluarkan Arahan Potongan Gaji (APG) kepada saya. Masalah saya adalah terpaksa membayar sewa rumah dan dalam masa yang sama gaji saya telah dipotong untuk menjelaskan ansuran bayaran balik rumah yang masih belum disiapkan oleh pemaju. Minta pandangan BPP untuk mengatasi masalah saya ini.

 
  Jawapan :




 


Tuan perlu berhubung dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk mendapatkan pengesahan sama ada projek terbengkalai atau projek bermasalah. Dengan surat pengesahan tersebut, pihak BPP akan mengecualikan tuan dari kenaan faedah pinjaman.

Di samping itu, sekiranya tuan berhasrat untuk membeli rumah lain, tuan bolehlah kemukakan surat untuk pembatalan pinjaman dan pinjaman tuan seterusnya akan dianggap sebagai pinjaman pertama.

 

     BAYARAN TEBUSAN BANK

Soalan   :


Bilakah BPP akan mengeluarkan wang tebusan kepada bank/institusi kewangan bagi hartanah yang mempunyai Hak milik Individu?

 
  Jawapan :
 

Bayaran wang tebusan akan dikeluarkan secara sekali gus atau berperingkat mengikut jenis pinjaman setelah BPP menerima dan memproses Borang Gadaian

 

Soalan   :
 


Bagaimana cara pengeluaran bayaran bagi peminjam yang mengambil gadaian kedua dari Bank atau Institusi Kewangan lain bagi menjelaskan wang beza?

 
  Jawapan :

 

BPP akan mengeluarkan bayaran pinjaman setelah Pihak Pemegang Gadaian Kedua mengeluarkan bayaran terlebih dahulu keseluruhan bahagiannya, apabila pemaju menuntut bayaran kelak (wang beza).

 

     PEMBATALAN PINJAMAN



Soalan   :

 



Peminjam telah meninggalkan perkhidmatan dengan cara meletak jawatan atau dibuang kerja dan bayaran kepada pemaju/penjual baru sahaja 60%. Bolehkah pemaju/penjual terus menuntut bayaran daripada BPP?

 
  Jawapan :


 

Jika peminjam meninggalkan perkhidmatan dengan cara meletak jawatan/dibuang kerja bagi kes bayaran pinjaman belum dikeluarkan 100%, maka pinjaman tersebut akan terbatal dengan sendirinya dan bayaran pinjaman seterusnya tidak akan dikeluarkan oleh BPP. Ini adalah selaras dengan Pekeliling Perbendaharaan Bil 6 Tahun 1995, para 3.11.

 



 

Soalan   :



 


Peminjam telah membatalkan pinjamannya walhal bayaran kemajuan 60% telah dikeluarkan kepada pemaju/penjual. Harta telah digadai/serah hak kepada Kerajaan Malaysia. Bolehkah pemaju/penjual mengemukakan tuntutan bayaran selanjutnya kepada BPP?  Jika tidak boleh, bagaimana dengan kedudukan harta itu?

 
  Jawapan :


 

( i )


 

Pemaju/Penjual tidak boleh mengemukakan apa-apa tuntutan kerana Perjanjian  Pinjaman antara peminjam dengan Kerajaan telah batal. Sebaliknya pemaju/penjual hendaklah menuntut bayaran seterusnya kepada peminjam berdasarkan kepada Perjanjian Jual beli.

 
  

( ii )

 

BPP tidak akan menyerahkan hak milik kepada peminjam selagi tidak ada surat daripada pemaju/penjual yang menyatakan pemaju/penjual bersetuju hak milik/Assignment diserahkan kepada peminjam.

 

     PEMINJAM MENINGGAL DUNIA

Soalan   :


Bagaimana dengan kedudukan bayaran kemajuan jika peminjam meninggal dunia sebelum 100% bayaran dikeluarkan? 

 
  Jawapan :

 

BPP akan menggunakan wang pampasan yang akan diterima daripada Syarikat Insurans/ Takaful untuk membayar tuntutan sepenuhnya kepada pemaju. Jika terdapat baki kredit, ianya akan dibayar kepada waris yang berhak.

 

     BAYARAN PINJAMAN JENIS I


 

Soalan   :

 



Saya telah diluluskan pinjaman bagi membeli rumah siap daripada orang perseorangan. Harta tersebut adalah bebas dari sebarang gadaian. Apakah syarat-syarat yang perlu dipatuhi bagi membolehkan BPP mengeluarkan bayaran?

 
  Jawapan :
 

Bayaran harta akan dikeluarkan secara sekali gus selepas Gadaian Sempurna/Assignment Selesai.
 

 


 
Soalan   :

 

Saya bercadang membeli rumah siap daripada pemaju yang belum mempunyai hak milik individu. Jika pinjaman saya telah diluluskan, apakah dokumen yang perlu dikemukakan bagi membolehkan bayaran harta dikeluarkan 100%?

 
  Jawapan :



 

Bagi kes Assignment (kecuali Negeri Sabah dan Sarawak), bayaran  100% hanya akan dikeluarkan setelah BPP menerima dokumen Assignment selesai berserta bukti penyerahan permohonan pecah bahagi bangunan (Rumah Strata) atau  salinan Hak milik Individu (Rumah Bertanah). Jika tiada bukti tersebut, bayaran hanya setakat 97.5% sahaja.

 

     BAYARAN PINJAMAN JENIS II



 
Soalan   :


 


Saya telah diluluskan pinjaman oleh BPP bagi membina rumah di atas tanah sendiri. Pihak kontraktor telah pun memulakan pembinaan rumah dan menuntut bayaran daripada saya. Oleh itu saya ingin mengetahui apakah syarat-syarat yang perlu dipatuhi supaya pihak BPP boleh mengeluarkan bayaran  dengan segera agar pembinaan rumah saya tidak tergendala?

 
  Jawapan :

 


Bayaran pinjaman secara berperingkat akan dikeluarkan setelah harta sempurna digadai kepada Kerajaan iaitu suratan hak milik asal dan pendua gadaian telah diserahkan kepada BPP untuk simpanan oleh pihak peguam tertakluk kepada perkara-perkara berikut;

 
    ( i )

Laporan Penilaian yang mengesahkan peringkat kesiapan rumah; atau

 
    ( ii )
 

Surat tuntutan kontraktor yang disahkan sama ada oleh sijil arkitek/pelukis pelan/juru ukur bahan/jurutera bertauliah; dan

 
    ( iii )

Borang 1/2005

 

 

Soalan   :

 




Saya telah melantik kontraktor baru bagi meneruskan pembinaan rumah yang masih belum siap kerana saya ada masalah dengan kontraktor lama.  Adakah perkara ini dibenarkan. Jika dibenarkan, apakah dokumen yang perlu saya kemukakan bagi membolehkan bayaran seterusnya dikeluarkan?

 
  Jawapan :

 

Tuan adalah dibenarkan untuk melantik kontraktor baru dengan syarat mengemukakan satu salinan Perjanjian Kontraktor yang baru yang tidak merubah harga kontrak dan pelan yang telah diluluskan.

 

     BAYARAN PINJAMAN JENIS III




 
Soalan   :


 



Saya telah diluluskan pinjaman oleh BPP bagi membeli rumah dalam pembinaan daripada pemaju yang berdaftar dengan Kem. Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Oleh itu saya ingin mengetahui apakah syarat-syarat yang perlu dipatuhi supaya pihak BPP boleh mengeluarkan bayaran  dengan segera agar saya tidak dikenakan faedah kelewatan bayaran?

 
  Jawapan :



 

Bayaran pinjaman secara berperingkat akan dikeluarkan setelah Gadaian Sempurna/Assignment Selesai. Walau bagaimanapun, berdasarkan kepada nombor perserahan gadaian/no. PA, bayaran sehingga 80% tertakluk kepada tuntutan bayaran dibuat dalam tempoh 6 bulan dari tarikh surat BPP kepada Pemegang Pertaruhan untuk pendaftaran Borang Cagaran di Pejabat Tanah dan Daerah/Mahkamah Tinggi tertakluk kepada perkara-perkara berikut;

 
    ( i )

Laporan Penilaian yang mengesahkan peringkat kesiapan rumah; atau

 
    ( ii )

Surat tuntutan pemaju yang disahkan sama ada oleh sijil arkitek/pelukis pelan/juru ukur bahan/jurutera bertauliah.

 



 
Soalan   :


 


Saya telah membeli rumah yang belum mempunyai hak milik individu dan didapati bayaran pinjaman kepada pemaju telah dikeluarkan setakat 97.5% sahaja. Oleh itu pemaju telah tidak menyerahkan kunci rumah kepada saya atas alasan bayaran belum 100% dikeluarkan oleh BPP. Kenapa boleh jadi begitu?

 
  Jawapan :

 

Bagi kes Assignment, bayaran hanya akan dikeluarkan sehingga 97.5% sahaja tiada salinan Hak milik Individu (Rumah Bertanah). Ini adalah selaras dengan Akta Pemajuan Perumahan 1966 (pindaan 2002).

 

 

Soalan   :

 


Saya telah dikenakan faedah kelewatan bayaran oleh pihak pemaju. Di sini saya ingin bertanya adalah saya patut membayar faedah tersebut sedangkan kelewatan bayaran adalah oleh BPP?

 
  Jawapan :


 

Berdasarkan klausa di dalam Perjanjian Jual beli adalah menjadi tanggung jawab pembeli untuk membayar faedah kelewatan bayaran yang dikenakan oleh pemaju. Walau bagaimanapun, pihak BPP akan mengemukakan rayuan kepada pemaju supaya peminjam dikecualikan dari kenaan faedah tersebut.

 

     TUNTUTAN PAMPASAN KEBAKARAN/BENCANA ALAM

Soalan   :


Sila terangkan bagaimana peminjam boleh menuntut Pampasan Perlindungan Rumah Kediaman/Rumah Kedai?

 
  Jawapan :
 

Prosedur tuntutan dan pembayaran Pampasan Perlindungan Rumah Kediaman/Rumah Kedai adalah seperti berikut:-

 
    ( 1 )

Permohonan Tuntutan

 
    

Permohonan tuntutan Pampasan Perlindungan Rumah Kediaman/Rumah Kedai hendaklah di buat terus kepada Syarikat Insurans/Takaful yang tuan lantik semasa kelulusan pinjaman.

 
    ( 2 )
 

Pembayaran Pampasan Perlindungan Rumah Kediaman/Rumah Kedai
 

 
  

i

 

Jika amaun pampasan berjumlah RM5,000 dan kurang, Syarikat Insurans/Takaful yang berkenaan akan membuat bayaran terus kepada peminjam.

 
   ii


 

Jika amaun pampasan berjumlah melebihi RM5,000, bayaran RM5,000 pertama       akan dibayar terus oleh Syarikat Insurans/Takaful yang berkenaan kepada peminjam manakala bakinya akan dibayar oleh BPP kepada peminjam;

 
   iii





 


Tuntutan hendaklah dikemukakan mengikut format di Lampiran 1 tertakluk kepada :-

a.          Bilangan tuntutan keseluruhannya tidak melebihi 4 kali; dan

Tuntutan 20% terakhir hendaklah disahkan oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta.

 
  


iv
 

Pembayaran akan dibuat di atas nama peminjam.

 

 
Soalan   :



Adakah peminjam yang telah dibayar pampasan di bawah Polisi Kediaman (House owner), diperlukan mengambil Polisi Kediaman yang baru?

 
  Jawapan :

 

Peminjam tidak perlu mengambil Polisi Kediaman yang baru. Akan tetapi peminjam adalah dinasihatkan supaya menokok tambah nilai premium Polisi Kediaman agar amaun pampasan yang akan datang adalah setanding dengan kos baik pulih.

 
Soalan   :


Apakah jenis-jenis kerosakan yang boleh dituntut di bawah Polisi Kediaman?

 
  Jawapan : a)
Pada masa ini Syarikat Insurans membenarkan tuntutan dibuat atas kerosakan-kerosakan yang disebabkan oleh:-
 
     ( i ) Kebakaran, kilat, halilintar, kebakaran bawah tanah dan banjir;  
     ( ii ) Kejatuhan objek dari udara 
     ( iii ) Pelanggaran kenderaan bukan oleh Pemilik Polisi terhadap pagar dan pintu 
     ( iv ) Angin ribut, siklon, taufan dan hujan ribut 
     ( v ) Pencerobohan secara kekerasan dan paksaan untuk tujuan mencuri dan atau seumpamanya;
 
 
   b)

 

Tuntutan boleh juga dibuat atas kerugian sewa atau perbelanjaan yang difikirkan sesuai untuk menyewa tempat tinggal sementara semasa menunggu rumah dibaiki  terhad kepada 10% daripada jumlah perlindungan.

 
   c)

 
Polisi juga meliputi Tanggungan Awam ke atas harta benda pihak ketiga akibat kemalangan di dalam kawasan rumah. Tanggungan Awam adalah meliputi kecederaan tubul badan pihak ketiga sahaja tertakluk kepada amaun pampasan tidak melebihi RM50,000; 


PENAFIAN :
Kerajaan Malaysia dan Kementerian Kewangan adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada ataupun syarikat yang disyorkan oleh Kementerian Kewangan
 

Hakcipta © 2007 Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia

Dibangun & diselenggara oleh :