Borang Akaun

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
   
   
 
   
 
   


 
     BORANG-BORANG CAGARAN (GADAIAN/PENYERAHAN HAK)

Soalan:

Bagaimana untuk mendapatkan Borang-borang Cagaran (Gadaian/Penyerahanhak) ?
 
Jawapan:
( a )
Borang-borang Cagaran  boleh didapati oleh Pemegang pertaruhan melalui Laman Web BPP di alamat http://bpp.treasury.gov.my/borang_cagar.php
 
( b )
Adalah menjadi tanggungjawab Pemegang Pertaruhan untuk mendapatkan Borang Cagaran di Laman Web BPP di alamat http://bpp.treasury.gov.my/borang_cagar.php


Soalan:


Bila Borang-borang Cagaran (Gadaian/Penyerahanhak) yang telah dilengkapkan oleh Peminjam dan Pemegang Pertaruhan diserahkan kepada Seksyen Cagaran untuk diproses?

 
Jawapan:
a)
Borang-borang Cagaran yang telah dilengkapkan hendaklah dikembalikan bersama-sama dengan Surat Setuju Terima Pinjaman (Lampiran 'E') yang telah dilengkapkan oleh Peminjam.
  
b)
Pegawai Seksyen Cagaran akan menandatangani Borang Cagaran itu sebagai penerimaan gadaian/penyerahanhak dan mengembalikannya semula kepada Pemegang Pertaruhan untuk didaftarkan di Pejabat Tanah bagi kes gadaian atau Mahkamah Tinggi bagi kes Penyerahanhak.

     URUSAN YANG MELIBATKAN HAKMILIK

Soalan:

Adakah Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan membenarkan Peminjam memasukkan nama orang yang dikasihi di dalam Hakmilik atas dasar kasih sayang? 
 
Jawapan:

Selagi bayaran balik hutang pinjaman perumahan belum diselesaikan sepenuhnya, Bahagian Pinjaman Perumahan tidak akan membenarkan kemasukan nama sesiapa pun, kerana ianya melibatkan implikasi perundangan dari segi gadaian.


Soalan:

Bolehkah Peminjam memohon supaya nama yang bukan Peminjam di dalam Hakmilik yang bukan merupakan Peminjam dikeluarkan?
 
Jawapan:
Peminjam boleh menggugurkan nama di dalam Hakmilik dengan syarat-syarat berikut:-
 
( i )
Peminjam hendaklah melantik Peguam sebagai Pemegang Pertaruhan bagi menguruskan pengeluaran nama yang berkenaan dari hakmilik
 
( ii )
Peminjam dan orang yang namanya hendak digugurkan itu telah pun menandatangani Borang 14A dihadapan Peguam atau Pentadbir Tanah dan salinannya yang diakui sah oleh Pemegang Pertaruhan dikemukakan ke BPP.
 

( iii )

Pemegang Pertaruhan memberi Akujanji akan menguruskan semula gadaian harta tanpa nama yang digugurkan itu.
 
( iv )
Peminjam memberi Akujanji akan menanggung kos yang terlibat; dan
 

( v )

Kelulusan BPP adalah tertakluk kepada kelulusan Pihak Berkuasa Negeri sekiranya terdapat sekatan kepentingan didalam Hakmilik.


Soalan:

Bolehkah peminjam mendapatkan kebenaran Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan bagi memohon untuk pecah lot atau cantum lot dan meminda syarat nyata tanah seperti berikut:-
 
i)
memasukkan rizab Melayu;
 
ii)
dari tiada kepada bangunan atau pertanian
 
iii)
getah kepada kelapa sawit; dan
 
iv)
apa-apa juga syarat lain
 
Jawapan:
Tidak dibenarkan selagi bayaran balik hutang pinjaman perumahan belum selesai kecuali bagi kes yang telah diwartakan atau atas perintah Mahkamah.


Soalan:

Bagaimana dan dimana saya boleh mendapatkan salinan hakmilik harta yang saya beli melalui pinjaman perumahan Perbendaharaan?
 
Jawapan:
Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan tidak membekalkan salinan hakmilik kepada peminjam. Sebaliknya Tuan hendaklah memohon kepada Pejabat Tanah Daerah dimana harta berada bagi mendapatkan salinan Hakmilik. Pejabat Tanah akan mengenakan bayaran tertentu untuk tuan mendapatkan salinan hakmilik tersebut.


Soalan:

Benarkah Management Committee boleh menghalang Hakmilik Strata yang dikeluarkan oleh Pejabat Tanah dari dipindahmilik kepada saya dan digadai kepada Kerajaan, jika saya tidak menjelaskan tunggakan bayaran yang dituntut oleh Management Committee seperti maintenance fees?
 
Jawapan:
Tindakan Management Committee itu teratur. Sebab itulah BPP sentiasa mengingatkan Peminjam-peminjam yang membeli petak kediaman, supaya segera menjelaskan tuntutan-tuntutan yang dikemukakan oleh Management Committee dari masa ke semasa/setiap bulan seperti maintenance fees, Cukai tanah dan sebagainya untuk menggelakkan kesukaran pemindahan hakmilik kepada nama peminjam, apabila Hakmilik Strata dikeluarkan oleh Pejabat Tanah. Hanya apabila nama peminjam dipindahmilik dalam Hakmilik Strata barulah peminjam menjadi Pemilik Berdaftar dan boleh dijadikan harta pusaka di kemudian hari nanti.

     URUSAN PINDAHMILIK DAN GADAIAN

Soalan:

Mengapa saya dikehendaki membayar kepada Pemegang Pertaruhan setelah hampir 10 tahun saya menduduki rumah yang saya beli melalui Pinjaman Perumahan Perbendaharaan?
 
Jawapan:
a)
Kes ini berlaku kerana tuan telah membeli harta secara Assignment, iaitu harta belum ada hakmilik strata/berasingan pada waktu itu. Kini hakmilik strata/berasingan telah dikeluarkan oleh Pejabat Tanah. Akan tetapi ianya adalah diatas nama Pemaju sebagai Pemilik asal. Oleh kerana harta itu telah dijual kepada tuan maka adalah perlu dipindahmilik kepada nama tuan dan seterusnya menggadaikan harta tersebut kepada Kerajaan Malaysia bagi menjamin kepentingan Kerajaan yang memberi pinjaman. Untuk melaksanakan tindakan pindahmilik dan gadaian tersebut maka tuan dikehendaki menjelaskan bayaran-bayaran yang perlu seperti yang diminta oleh Pemegang Pertaruhan.
 
b)

Urusan pindahmilik dan gadaian ini perlu disempurnakan segera bagi menjamin kepentingan tuan dan keluarga tuan agar kesahihan tuan sebagai pemilik tidak dipertikaikan oleh mana-mana pihak dan untuk mengelakkan pinjaman tuan dibatalkan oleh BPP.

 


PENAFIAN :
Kerajaan Malaysia dan Kementerian Kewangan adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada ataupun syarikat yang disyorkan oleh Kementerian Kewangan
 

Hakcipta © 2007 Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia

Dibangun & diselenggara oleh :