Borang Akaun

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
   
   
 
   
 
   


 
     ANGGARAN BAKI HUTANG PINJAMAN

Soalan:

Berapa baki hutang saya?

 
Jawapan:

Anggaran baki hutang boleh diperolehi daripada laman web BPP melalui http://bpp.treasury.gov.my  atau SMS dengan menaip :

BPP < jarak > baki < jarak > no KP

Dan hantar ke 33898

Setiap SMS dikenakan caj 50 sen tidak termasuk caj TELCO.

atau

hantar ke 15888

Setiap SMS dikenakan caj 20 sen tidak termasuk caj TELCO.

Sekiranya peminjam ingin mendapatkan baki yang tepat untuk tujuan penyelesaian hutang secara sekaligus, permohonan secara rasmi perlu dikemukakan.
(penerangan seperti jawapan kepada soalan 6)


     PENYATA BAKI HUTANG

Soalan:

Berapa lamakah tempoh yang diambil untuk menyediakan penyata baki hutang ?

 
Jawapan:

Penyata baki hutang pada kebiasaannya akan mengambil masa lebih kurang 2 minggu (10 hari bekerja) dari tarikh permohonan diterima.

Walau bagaimanapun, penyata baki hutang yang melibatkan penjualan harta, kebenaran penjualan harta perlu diperoleh terlebih dahulu. Penyata baki hutang hanya akan disediakan setelah kebenaran diperolehi dan masa yang diambil adalah lebih kurang 2 minggu (10 hari bekerja) dari  tarikh surat kebenaran penjualan harta tersebut. (sila rujuk jawapan kepada soalan 3 mengenai prosidur menjual rumah).


     PROSIDUR UNTUK MENJUAL RUMAH

Soalan:

Apakah prosidur untuk menjual rumah?

 
Jawapan:

Peminjam perlu mengemukakan permohonan untuk kelulusan menjual harta dan menyatakan cara penyelesaian hutang hendak dibuat. Sekiranya penyelesaian hutang secara sendiri, peminjam cuma perlu mengemukakan permohonan penyata baki hutang seperti biasa. Walau bagaimanapun sekiranya penyelesaian hutang melibatkan pihak ketiga (bank, pembeli), permohonan melalui peguam perlu dikemukakan.

Peminjam perlu memohon untuk dua perkara;

( i )   Memohon kelulusan untuk menjual rumah daripada Seksyen Cagaran;

( ii ) Memohon baki hutang pinjaman untuk tujuan penyelesaian kepada Seksyen Akaun,  Unit
     Penyelengaraan Pinjaman  (Unit PP). Sila sebutkan cara penyelesaian hutang.


     BAYARAN BALIK MELEBIHI ANSURAN

Soalan:

Bolehkah saya bayar lebih daripada amaun ansuran bulanan?

 
Jawapan:

Bayaran apa-apa amaun melebihi ansuran adalah digalakkan.


     KELEBIHAN JIKA MEMBAYAR LEBIH DARI ANSURAN

Soalan:
Kalau bayar lebih apa untungnya kepada peminjam?
 
Jawapan:

Sekiranya amaun bayaran bersamaan atau lebih daripada ansuran untuk enam(6) bulan,  bayaran akan dianggap sebagai penyelesaian sebahagian jika tiada tunggakan.

Faedahnya adalah peminjam akan jimat faedah kehadapan yang perlu dibayar. Ini kerana BPP mengamalkan faedah atas baki pinjaman mengikut kaedah baki berkurangan bagi setiap bulan. Ini bermakna setiap kali pembayaran lebih diterima, faedah bagi bulan seterusnya akan berkurangan disebabkan bayaran lebihan tadi telah mengurangkan baki pinjaman bagi bulan pembayaran.

Sekiranya amaun “Potongan Gaji/Potongan Pencen” dikekalkan pinjaman akan selesai lebih awal dan seterusnya ada penjimatan dari segi insuran MRTA. Lebihan insuran akan dibayar apabila hutang pinjaman selesai dalam bentuk “Cash Surrender Value”

Peminjam boleh memohon untuk mengurangkan amaun ansuran bayaran balik bulanan dengan mengekalkan tempoh sedia ada.


     PROSIDUR PENYELESAIAN AWAL

Soalan:
Apakah prosidur untuk membuat penyelesaian hutang awal?
 
Jawapan:

Bagi penyelesaian hutang biasa (tidak melibatkan pihak ketiga dengan akujanji) peminjam hanya perlu mengemukakan permohonan secara rasmi (bersurat atau melalui e-mel)  untuk mendapatkan penyata baki hutang bagi tujuan menyelesaikan pinjaman secara sekaligus.

Bagi yang ingin menyelesaikan hutang melalui akaun II KWSP, sila sertakan sekali nama dan alamat cawangan KWSP di mana pengeluaran akan dibuat untuk membolehkan penyata baki hutang dikeluarkan.

Sekiranya penyelesaian melibatkan penjualan harta/ kontra pinjaman, surat rasmi melalui peguam perlu dikemukakan dan kebenaran penjualan harta perlu diperolehi terlebih dahulu dari Seksyen Cagaran barulah penyata baki hutang akan dikeluarkan.


     PENYELESAIAN BAKI HUTANG

Soalan:

Berapa lamakah tempoh yang diambil oleh Seksyen Akaun untuk mengesahkan akaun seseorang itu telah diselesaikan sepenuhnya?
 
Jawapan:

( i )          Pengesahan penyelesaian hutang adalah dalam tempoh sebulan dari tarikh penyelesaian hutang dibuat.

( ii )    Sekiranya penyelesaian adalah melalui potongan gaji atau pencen, pengesahan selesai hutang mengambil masa lebih kurang 2 bulan dari bulan terakhir potongan gaji atau pencen.


     ARAHAN POTONGAN GAJI/PENCEN BAGI PINJAMAN KERJA UBAHSUAI

Soalan:

Bilakah bayaran balik pinjaman perumahan untuk kerja-kerja ubahsuai sepatutnya berkuatkuasa ?
 
Jawapan:

Bayaran balik untuk pinjaman ubahsuai berkuatkuasa pada bulan ke 19 atau selepas proses kesiapan kerja – kerja ubahsuai mencapai 95%; yang mana terdahulu.


     BAKI HUTANG PINJAMAN YANG TELAH DIBATALKAN

Soalan:

Jika peminjam membatalkan pinjamannya, adakah amaun yang perlu diselesaikan oleh peminjam adalah amaun yang dikeluarkan sahaja?

 
Jawapan:

Sekiranya peminjam membatalkan pinjaman, amaun yang perlu dijelaskan adalah amaun yang dikeluarkan sahaja termasuk faedah 4% setahun atas kaedah baki berkurangan.


     BAYARAN BALIK SECARA PERSENDIRIAN

Soalan:

Bagaimana caranya jika peminjam ingin membuat bayaran balik terus kepada Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan?
 
Jawapan:
( i )
Bayaran balik boleh dibuat sama ada melalui bank deraf atau wang pos atas nama ‘Akaun Pinjaman Perumahan, Perbendaharaan Malaysia’.
  ( ii )
Pembayaran perlu menyatakan butir – butir berikut:
   
  • No Akaun dan no rujukan pinjaman
 
  • No kad pengenalan lama dan baru
 
  • Alamat lengkap peminjam
 
  • Tujuan bayaran (selesai hutang/ansuran bulanan/tunggakan)
 
  • Sekiranya untuk ansuran bulanan/tunggakan, nyatakan bulan – bulan tersebut.

     BAYARAN BALIK SEMASA CUTI TANPA GAJI/SEPARUH GAJI
Soalan:

Perlukah peminjam membuat bayaran balik ansuran bulanan pinjaman perumahan Perbendaharaan semasa peminjam cuti separuh gaji atau cuti tanpa gaji kerana belajar atau mengikut suami/isteri ke luar negara atau hal-hal persendirian ?. Jika ia, bagaimanakah caranya peminjam boleh membuat bayaran balik ansuran itu ke Bahagian Pinjaman Perumahan, Perbendaharaan?
  Jawapan:












 


Peraturan sedia ada hanya membenarkan penangguhan bayaran balik bagi peminjam yang bercuti separuh gaji menyambung pelajaran Ijazah Pertama dalam Negara atas tajaan kerajaan atau peminjam yang bercuti tanpa gaji mengikut pasangan menyambung palajaran Ijazah/ PHD luar Negara atas tajaan kerajaan sahaja.

Walaubagaimanapun, peminjam dikehendaki mengemukakan permohonan secara rasmi dengan mengemukakan surat cuti separuh/ tanpa gaji juga surat tawaran belajar oleh kerajaan sebagai lampiran.

Penangguhan hanya dibenarkan setelah peminjam membuat bayaran ke atas insuran tambahan yang akan dikira kelak setelah semua dokumen lengkap diterima.

Sekiranya cuti tanpa/ separuh gaji bukan atas tujuan di atas, bayaran balik perlu diteruskan seperti biasa sama ada melalui bank deraf atau wang pos atas nama ‘Akaun Pinjaman Perumahan, Perbendaharaan Malaysia’ setiap bulan tanpa gagal.


     BAYARAN BALIK SELEPAS TAMAT PERKHIDMATAN (ANGGOTA TENTERA)

Soalan:

 
Bolehkah peminjam (Anggota Tentera) yang telah tamat perkhidmatan meneruskan bayaran balik pinjaman perumahannya secara ansuran seperti semasa beliau masih berkhidmat?
  Jawapan:

 

Boleh. Peminjam sememangnya dikehendaki menjelaskan ansuran bulanan seperti semasa beliau berkhidmat untuk mengelakkan akaun bertunggakan dan dikenakan tindakan lanjut (tindakan undang – undang/ lelongan). Pembayaran boleh dibuat melalui bank deraf atau wang pos atas nama ‘Akaun Pinjaman Perumahan, Perbendaharaan Malaysia’ setiap bulan tanpa gagal.


     BAYARAN BALIK PEMINJAM YANG BERSARA WAJIB/PILIHAN

Soalan:

 

Adakah peminjam yang bersara pilihan sendiri yang pencen bulanannya belum dibayar oleh Bahagian Pencen, JPA perlu membuat bayaran balik ansuran pinjamannya ?

  Jawapan:


 


Ya. Peminjam yang bersara pilihan sendiri perlu menjelaskan ansuran bulanan seperti biasa setiap bulan tanpa gagal sehingga memperolehi pencen bulanan dan ansuran bulanan perumahan ditolak melalui pencen bulanan peminjam. Pembayaran balik boleh dibuat sama ada melalui bank deraf atau wang pos atas nama ‘Akaun Pinjaman Perumahan, Perbendaharaan Malaysia’.


Soalan:
 
Jika Ketua Jabatan lewat memaklumkan Bahagian Pinjaman Perumahan, Perbendaharaan bahawa peminjam telah bersara wajib/pilihan, adakah peminjam perlu menyelesaikan tunggakan bayaran balik pinjamannya?
  Jawapan:



 


Bagi mengelakkan berlakunya tunggakan, adalah menjadi tanggungjawab peminjam memastikan jabatan memaklumkan BPP berkaitan persaraan wajib atau pilihan peminjam.
Dan menjadi tanggungjawab peminjam juga memastikan potongan ansuran bulanan beliau tidak terhenti. Sekiranya ianya berlaku sebelum tamat tempoh pinjaman, peminjam perlulah menyelesaikan ansuran bulanan tersebut secara sendiri sama ada melalui bank deraf atau wang pos atas nama ‘Akaun Pinjaman Permahan, Perbendaharaan Malaysia’




 

Soalan:



 


Jika Bahagian Pencen, JPA tidak melaksanakan Arahan Potongan Pencen (APP) mengikut jadual yang ditetapkan atau Penyelesaian tunggakan yang tidak dipotong dari ganjaran seperti yang diarahkan dalam APP adakah peminjam (Pesara) perlu menyelesaikan sendiri amaun yang tertunggak ke Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan ?

  Jawapan:

 

Ya. Peminjam perlu menjelaskan ansuran yang tidak sempat dipotong oleh JPA. Ini selari dengan klausa c) pada APP yang menyatakan bahawa adalah menjadi tanggungjawab peminjam membuat ansuran bulanan terus kepada BPP sekiranya ianya tidak dilaksanakan.  


     BAYARAN BALIK BAGI PEMINJAM YANG MEMILIH SKIM KWSP

Soalan:

Saya telah memilih Skim Mencarum KWSP dan tidak Skim Berpencen. Soalan saya :-
    ( i )


Bagaimana dengan kedudukan bayaran balik pinjaman perumahan saya selepas saya bersara apabila berumur 55 tahun kelak?.

    ( ii )
 


Kalau saya bersara awal, bolehkah saya menguruskan bayaran balik bulanan seperti mana biasa?
 

  Jawapan:


 
( i )


 
Isu bayaran balik selepas bersara bagi pesara Skim KWSP tidak wujud kerana sejak
proses kelulusan pinjaman lagi, peminjam yang memilih Skim KWSP hanya dihadkan tempoh pinjaman sehingga umur persaraan wajib sahaja @ mengikut tempoh servis.
 
    ( ii )
 
Bagi pesara Skim KWSP, sekiranya bersara lebih awal dari tempoh perkhidmatan, peminjam dikehendaki menjelaskan baki hutang secara sekaligus. Jika tidak baki hutang akan dikenakan kadar pasaran  iaitu sebanyak 7% atau 9 %.

     MAKLUMAN PERSARAAN/TAMAT PERKHIDMATAN/LETAK JAWATAN/BUANG KERJA

Soalan:



Siapakah yang patut melaporkan kes peminjam yang bersara/tamat perkhidmatan/meletak jawatan/dibuang kerja kepada Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan ?

  Jawapan:
 


Ketua Jabatan perlu memaklumkan kepada Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan mana-mana peminjam yang telah atau akan bersara/tamat perkhidmatan/meletak jawatan/dibuang kerja dengan menggunakan borang seperti di :
 
    ( i )
     

Untuk peminjam-peminjam yang bersara wajib atau telah diluluskan persaraan pilihan sendiri atau bersara atas sebab kesihatan.

    ( ii )

Lampiran II

     

Untuk peminjam-peminjam yang telah meninggal dunia atau meletak jawatan atau tidak hadir bertugas atau dibuang kerja atau digantung kerja atau pesara KWSP atau tamat perkhidmatan (anggota tentera).

    ( iii )

Lampiran III

   
Untuk peminjam-peminjam yang memilih untuk menyertai syarikat di bawah Skim Penswastaan/Pengkorporatan.

     KEMASKINI PENERIMAAN BAYARAN BALIK PINJAMAN

Soalan:



Kenapa penyata baki hutang masih menunjukkan amaun yang sama selepas peminjam telah membuat bayaran?
Baki hutang masih sama walaupun selepas seminggu/sebulan bayaran dibuat?

  Jawapan:





 

Sistem berkomputer BPP sedia ada masih beroperasi atas mode batch-processing dan batch update. Amaun terimaan (resit) dikemaskini hanya sebulan sekali oleh demikian ansuran bayaran balik yang diterima selepas tarikh update akan hanya dikemaskinikan pada bulan berikutnya. Contohnya batch update untuk ansuran bulan Mei dilakukan pada 25hb Mei 2008. Sekiranya ansuran bayaran balik diterima pada 24 Mei 2008 ia akan mengambil sehari untuk dikeluarkan resit dan 3 hari untuk dibatchkan. Ini bermakna bayaran pada 24 Mei 2008 tidak sempat dikemaskinikan dalam Mei tetapi hanya pada cycle bulan Jun 2008 iaitu selepas 25 Jun 2008.



PENAFIAN :
Kerajaan Malaysia dan Kementerian Kewangan adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada ataupun syarikat yang disyorkan oleh Kementerian Kewangan
 

Hakcipta © 2007 Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia

Dibangun & diselenggara oleh :