|
URUSAN YANG MELIBATKAN HAKMILIK
|
|
|
|
|
|
|
1.
|
Soalan:
|
Adakah Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan membenarkan Peminjam memasukkan nama orang yang dikasihi di dalam Hakmilik atas dasar kasih sayang?
|
|
|
Jawapan:
|
Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan membenarkan Peminjam memasukkan nama orang yang dikasihi di dalam Hakmilik atas dasar kasih sayang bagi tujuan ubahsuai/membina rumah.
Memasukkan nama orang yang dikasihi di dalam Hakmilik selain tujuan di atas adalah tidak dibenarkan sehingga baki hutang diselesaikan terlebih dahulu.
|
|
|
|
|
| |
|
|
|
|
2.
|
Soalan:
|
Bolehkah Peminjam memohon supaya nama yang bukan Peminjam di dalam Hakmilik yang bukan merupakan Peminjam dikeluarkan?
|
|
|
Jawapan:
|
Peminjam boleh menggugurkan nama di dalam Hakmilik dengan syarat-syarat berikut:-
|
|
|
|
i)
|
Peminjam hendaklah melantik Peguam sebagai Pemegang Pertaruhan bagi menguruskan pengeluaran nama yang berkenaan dari hakmilik
|
|
|
|
ii)
|
Peminjam dan orang yang namanya hendak digugurkan itu telah pun menandatangani Borang 14A dihadapan Peguam atau Pentadbir Tanah dan salinannya yang diakui sah oleh Pemegang Pertaruhan dikemukakan ke BPP.
|
|
|
|
iii)
|
Pemegang Pertaruhan memberi Akujanji akan menguruskan semula gadaian harta tanpa nama yang digugurkan itu.
|
|
|
|
iv)
|
Peminjam memberi Akujanji akan menanggung kos yang terlibat; dan
|
|
|
|
v)
|
Kelulusan BPP adalah tertakluk kepada kelulusan Pihak Berkuasa Negeri sekiranya terdapat sekatan kepentingan didalam Hakmilik.
|
|
|
|
|
| |
|
|
|
|
3.
|
Soalan:
|
Bolehkah peminjam mendapatkan kebenaran Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan bagi memohon untuk pecah lot atau cantum lot dan meminda syarat nyata tanah seperti berikut:-
|
|
|
|
i)
|
memasukkan rizab Melayu;
|
|
|
|
ii)
|
dari tiada kepada bangunan atau pertanian
|
|
|
|
iii)
|
getah kepada kelapa sawit; dan
|
|
|
|
iv)
|
apa-apa juga syarat lain
|
|
|
Jawapan:
|
Bagi permohonan untuk pecah lot adalah tidak dibenarkan sehingga baki hutang pinjaman diselesaikan sepenuhnya terlebih dahulu.
Permohonan bagi pencantuman lot dan meminda syarat nyata tanah adalah dibenarkan dengan syarat tidak menjejaskan status gadaian yang sedia ada. Syarat-syarat lain adalah seperti berikut ;
|
|
|
i) |
Peminjam hendaklah melantik Peguam sebagai Pemegang Pertaruhan bagi menguruskan urusan pencantuman lot dan meminda syarat nyata tanah. |
|
|
ii) |
Pemegang Pertaruhan memberi Akujanji akan menguruskan urusan berkenaan dan mengembalikan Hakmilik Asal setelah tindakan selesai diambil |
|
|
iii) |
Peminjam bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kos yang dikenakan. |
|
|
iv) |
Kelulusan BPP adalah tertakluk kepada kelulusan Pihak Berkuasa Negeri sekiranya terdapat sekatan kepentingan didalam Hakmilik. |
|
|
|
|
| |
|
|
|
|
4.
|
Soalan:
|
Bagaimana dan dimana saya boleh mendapatkan salinan hakmilik harta yang saya beli melalui pinjaman perumahan Perbendaharaan?
|
|
|
Jawapan:
|
Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan tidak membekalkan salinan hakmilik kepada peminjam. Sebaliknya Tuan hendaklah memohon kepada Pejabat Tanah Daerah dimana harta berada bagi mendapatkan salinan Hakmilik. Pejabat Tanah akan mengenakan bayaran tertentu untuk tuan mendapatkan salinan hakmilik tersebut.
|
|
|
|
|
| |
|
|
|
|
5.
|
Soalan:
|
Benarkah Management Committee boleh menghalang Hakmilik Strata yang dikeluarkan oleh Pejabat Tanah dari dipindahmilik kepada saya dan digadai kepada Kerajaan, jika saya tidak menjelaskan tunggakan bayaran yang dituntut oleh Management Committee seperti maintenance fees?
|
|
|
Jawapan:
|
Tindakan Management Committee itu teratur. Sebab itulah BPP sentiasa mengingatkan Peminjam-peminjam yang membeli petak kediaman, supaya segera menjelaskan tuntutan-tuntutan yang dikemukakan oleh Management Committee dari masa ke semasa/setiap bulan seperti maintenance fees, Cukai tanah dan sebagainya untuk menggelakkan kesukaran pemindahan hakmilik kepada nama peminjam, apabila Hakmilik Strata dikeluarkan oleh Pejabat Tanah. Hanya apabila nama peminjam dipindahmilik dalam Hakmilik Strata barulah peminjam menjadi Pemilik Berdaftar dan boleh dijadikan harta pusaka di kemudian hari nanti.
|