(

Portal Pertanyaan BPP
Sila Hantar Pertanyaan Anda
icon
callcentre_bpp
TALIAN UTAMA
(Operator)
03 8880 2000/2200/2400/
PUSAT PANGGILAN
03 8880 2061/2561/2905/
2064/2067/2063/2066
BANTUAN PORTAL SPPB
03 8880 2705/2521/2776
icon
icon

Rabu 22 Mei 2013, 09:41

icon

Jumlah Capaian Pengunjung


Cetak emel
There are no translations available.



KES PEMINJAM YANG MENINGGAL DUNIA

Soalan:

Apakah yang perlu dilakukan oleh waris jika peminjam telah meninggal dunia ?

Jawapan:



























Waris/balu/jabatan dikehendaki menghantar satu salinan sijil kematian yang telah di sahkan ke Bahagian ini secepat mungkin bagi membolehkan Bahagian ini menuntut pampasan insurans dari pihak insurans. Salinan sijil tersebut boleh disahkan di mana-mana pejabat kerajaan/pesuruhjaya sumpah atau balai polis yang berhampiran. Waris/balu juga diminta untuk memberi alamat/no. telefon yang terkini untuk dihubungi.

Setelah pihak insurans menjelaskan bayaran pampasan kematian kepada Bahagian ini, barulah akaun pinjaman allahyarham/mendiang akan dikemaskini dan satu notis pemberitahuan mengenai kedudukan akaun pinjaman berbaki debit/kredit akan dihantar kepada waris/balu/jabatan.

Bahagian ini hanya akan memulangkan semula geran dan lebihan kredit (jika ada) setelah pihak waris/balu menyerahkan salah satu salinan dokumen berikut :-

( i )  Surat Perintah Pembahagi Harta, Ordinance (Pembahagian) Harta Pesaka Kecil,1985 
sekiranya harta bernilai kurang dari RM 2,000,000/- atau

( ii ) Surat Perintah Mahkamah bagi harta bernilai  atau lebih RM2,000,000/- atau

( iii) Surat Kuasa Pentadbiran (Letter Of Administration) yang dikeluarkan oleh pegawai Pejabat
Tanah atau Mahkamah Tinggi atau

( iii ) Surat Kuasa (Grant Of Probate)  yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi

Waris/balu diminta untuk merujuk kepada Pejabat Tanah/Mahkamah Tinggi atau melantik peguam dalam urusan untuk mendapatkan salah satu dokumen tersebut. Salinan dokumen tersebut hendaklah disahkan oleh pegawai Pejabat Tanah/ Mahkamah berkenaan. Waris/balu dinasihatkan untuk terus menghubungi Pejabat Tanah/Mahkamah Tinggi dalam urusan dokumen tersebut tanpa menunggu urusan Bahagian ini selesai memandangkan tempoh pengeluaran dokumen tersebut juga memakan masa.

Waris/balu juga dinasihatkan menghubungi Jabatan Perkhidmatan Awam Pencen (JPA-Pencen) bagi urusan pencen terbitan sekiranya berkaitan.



Terakhir dikemaskini ( Isnin, 25 Februari 2013 09:02 )