|
KES PEMINJAM YANG MENINGGAL DUNIA
|
| |
|
|
 |
Soalan: |
Apakah yang perlu dilakukan oleh waris jika peminjam telah meninggal dunia ?
|
| |
Jawapan:
|
Waris/balu/jabatan dikehendaki menghantar satu salinan sijil kematian yang telah di sahkan ke Bahagian ini secepat mungkin bagi membolehkan Bahagian ini menuntut pampasan insurans dari pihak insurans. Salinan sijil tersebut boleh disahkan di mana-mana pejabat kerajaan/pesuruhjaya sumpah atau balai polis yang berhampiran. Waris/balu juga diminta untuk memberi alamat/no. telefon yang terkini untuk dihubungi.
Setelah pihak insurans menjelaskan bayaran pampasan kematian kepada Bahagian ini, barulah akaun pinjaman allahyarham/mendiang akan dikemaskini dan satu notis pemberitahuan mengenai kedudukan akaun pinjaman berbaki debit/kredit akan dihantar kepada waris/balu/jabatan.
Bahagian ini hanya akan memulangkan semula geran dan lebihan kredit (jika ada) setelah pihak waris/balu menyerahkan salah satu salinan dokumen berikut :-
( i ) Surat Perintah Pembahagi Harta, Ordinance (Pembahagian) Harta Pesaka Kecil,1985 sekiranya harta bernilai kurang dari RM 2,000,000/- atau
( ii ) Surat Perintah Mahkamah bagi harta bernilai atau lebih RM2,000,000/- atau
( iii) Surat Kuasa Pentadbiran (Letter Of Administration) yang dikeluarkan oleh pegawai Pejabat Tanah atau Mahkamah Tinggi atau
( iii ) Surat Kuasa (Grant Of Probate) yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi
Waris/balu diminta untuk merujuk kepada Pejabat Tanah/Mahkamah Tinggi atau melantik peguam dalam urusan untuk mendapatkan salah satu dokumen tersebut. Salinan dokumen tersebut hendaklah disahkan oleh pegawai Pejabat Tanah/ Mahkamah berkenaan. Waris/balu dinasihatkan untuk terus menghubungi Pejabat Tanah/Mahkamah Tinggi dalam urusan dokumen tersebut tanpa menunggu urusan Bahagian ini selesai memandangkan tempoh pengeluaran dokumen tersebut juga memakan masa.
Waris/balu juga dinasihatkan menghubungi Jabatan Perkhidmatan Awam Pencen (JPA-Pencen) bagi urusan pencen terbitan sekiranya berkaitan.
|
|
|
Tarikh Dikemaskini ( Isnin, 25 Februari 2013 09:02 )
|